Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, 28 December 2011

holiday trip Sarawak :D ( part 2 )

assalamualaikum

dear blog,

hello dear, i'm back for again and again :D

how are you guys ? looking fine ? semoga korang bergembira sambil stalking blog orang ea ? ngee :P

ye, tepat sekali. dalam entry kali ini, aku akan sambung mengenai percutiaan aku. hari itu, malas nak sambung sebab not in good mood. hari ini good mood ke ? maybe .. 



so, jangan buang masa biar aku mulakan bercerita :)

selepas membeli belah di pasar Serikin, Sarawak kami semua menuju ke Pusat Hidupan Liar Semenggoh. Pusat ini sedang memelihara lebih kurang 34 ekor orang utan. kalau tak silap aku lah. kalau aku salah fakta korang pun akan salah juga. haha .. 

tujuan pusat ini memelihara orang utan iaitu sedara sedara kalian kan ialah untuk menjadikan orang utan-orang utan tersebut sebagai binatang liar. hanya disebabkan oleh masalah orang utan kini semakin pupus. kesian kan depa. manusia semakin bertambah tapi orang utan semakin berkurang. korang tak nak bela ke ? mana tahu korang bela, depa nak membiak dengan cepat ? har har har ( hambar nyeeww lawak kau wanie )



apelahh gambar aku. belum sedia lagi la pokcikk =='

ramai pengunjung kan ? semua datang nak jenguk sedara :P
 



pintu utama pusat hidupan liar Semenggoh.

oh bebeh. long time no see bro! dah berubah dah kau. sumpahh aku terrkejutt :P


actually, kalau korang datang ke sini, tidak semestinya korang dapat melihat orang utan tersebut. ia bergantung kepada nasib kalian. kalau nasib kalian terlampau baik kalian boleh melihat sekali buaya yang ada di sungai itu dan beberapa binatang lain. aku lupa lah. yang aku ingat kat situ ada orang utan dan buaya. tapi, ada lagi beberapa spesies. not that many la. sikit je. time aku pergi, nasib agak baik. walaupun terpaksa menunggu agak lama sehingga hujan, akhirnya depa muncul jua. so, tengok dalam hujan lah. lencunnn siott ! tak usah cakap. kasut aku banjir dengan air =='

kemudian, kami pergi ke kilang membuat pasu sarawak. it's familiar right ? benda tuh wajib beli kalau pergi sarawak. betul tak ? so, our tourist guide bawa lah kami pergi sana. erm, pasu-pasu tersebut agak murah sebab ikut harga pasaran kilang. jadi, kami memborong lah banyak-banyak :D

yeah, this uncle memang berbakat. senang je dia buat pasu :)

nampak tak basah baju kitaorang ? sebab hujan bukan berpeluh ea ?

"yeah, go ibu!" walaupun tak jadi pasu dan jadi benda lain. mokcik ni tetap berani mencuba :D
suka! ibu aku aje yang shopping. aku tak minat :P

hari semakin petang, badan semakin penat. so, destinasi seterusnya mestilah Grand Margherita kan ? fuhh, balik hotel terus mandi. sebab bau badan dah tak keruan dibuatnya. lepas mandi, tidur then sambung jalan balik pergi water front. Makan lah ! destinasi seterusnya di sambung pada esok hari :d gweng gweng. bye :D

ye, semalam pergi buat pasu kan ? hari ini nak pergi Gunung Santubong pula. korang pernah dengar cerita pasal Puteri Santubong ? ala, yang kene sumpah jadi gunung tuh tak kan tak pernah dengar ? haish .. search sendiri lah ye kalau nak tahu cerita :)

dulu, aku dengar saja cerita orang pasal Gunung Santubong. kini, dapat tengok sendiri depan mata :) sukaa.
yang sebelah kiri anda ialah Gunung Sejinjang. agak kecil kan ? sebelah kanan of course la Santubong.

tak jelas ? sebab nak hujan and pokok ni menyebok !

jelas ? yela, gambar amik kat google images :) thanks to google. yay !
then, kami pergi ke Kampung Budaya Sarawak. dalam tuh ada rumah panjang and segala bagai. nak masuk mahal woo ! for adult RM60 per person while for children RM45 per child. what ? memang lah. berbaloi kot masuk. cantik-cantik rumah tuh. boleh lah. tapi tak boleh beli :( ngeengg. siapa nak duduk rumah panjang hoii ?!

as a conclusion, saya tak masuk ponn. sebab tak cukup masa. macam-macam lagi tempat belum pergi. kalau nak masuk kene lama-lama. baru berbaloi kan ? duit tuh. lain lah kalau aku menang Sejuta Ringgit Money Drop. hape lah .. apa yang mampu dibuat lah amik gambar je depan pintu utama. ( kita bajet masuk jelah iye? ) 

gelap ? memang lah. tiada cahaya. gweng gweng :d

cerah tak muka aku ? haha. ni baru ada cahaya :D
then, kami menuju ke pantai Sarawak. yay ! tapi, pantai ni tak boleh mandi ye. nak mati kalau mandi. Laut Cina Selatan kan ? hape lah.

hai ! haha. sambil jalan amik gambar. sempat lagi aku.

eceh. siap posing lagi. ngee~

wah ! gembira nampak laut :P
panas okay. itu sebab cik pakai spec mata :P tak nampak ke orang tuh silau ?

abaikan gambar di atas :P

haha. membajet tak ?

with my daddy and adik. ngee~

peace yaw mokcikk ! haha.
cantik kan tempat ni ? for your infos, mat salleh suka berjemur kat sini. wow !

sebelum balik, amik gambar ramai-ramai. malu tepi jalan orang tengok.
after that, kita orang pergi makam Sultan Tengah Sarawak. satu-satunya Sultan di Sarawak ni. nanti-nanti jelah aku sambung okay :D

to be continued ..


 -wanie-









No comments:

Post a Comment