with the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful
assalamualaikum
dear blog,
HAIIIII ! seriously, lama gila dah tak update blog. sampai aku lupa password dan username aku. GILA. aku tak tahu kenapa aku malas sangat nak post something dekat sini. maybe tak ada kisah menarik yang patut di kongsi. tp, hari ini, tetiba je tangan aku rasa gatal nak tulis balik. maybe sebab dah baca blog-blog orang lain kot. so, rindu nak tulis balik dan semangat tu tetiba je wujud.
okay, sekarang kita dah masuk TAHUN 2013 (!) tadaa. *eh, orang dah lama le perasan. haha. suka hatilah. aku baru nak wish HAPPY NEW YEAR tapi macam dah hambar je sebab dah masuk bulan FEBRUARY kot wanie moktar. sorry okay everyone. ini merupakan entry pertama aku untuk bulan february sekaligus mewakili yang pertama dalam tahun 2013. yeyeahh. haha
so, sepertimana yang korang tahu, tahun ini merupakan tahun yang ke tujuh belas aku hidup. dah 17teen years beb. dah besauu dah. patut jadi mak orang dah. *wah kau melampau tuh. haha. tapi, memang hakikatnya aku dah besar la tahun ni. so, aku pun rasa aku dah matang sikit. bajet-bajet matang la kalau tak matang pun. haha. tapi, aku rasa semua orang patut rasa dia dah matang bila masuk umur 17 tahun. sebab apa ? sebab orang-orang yang berumur pada usia ini sepatutnya sedar bahawa dia akan tamat pengajian maksud aku habis sekolah lah dan menyedari alam dewasa itu semakin hampir dengannya. betul tak ? kalau kat sekolah pun, mana ada kakak-kakak atau abang-abang yang kau patut hormat lagi. budak-budak junior je yang kene hormat kau. kita dah di gelar SENIOR. tak percaya ? tapi itulah realitinya. ye, tahun ini (2013) merupakan SENIOR YEAR bagi kitaorang, seventh generation batch dari SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI SELANDAR. yeah. amik kau. panjang tak nama sekolah aku ? haha. nak tak nak kene juga alami. tak nak jawab SPM ? siapa je yang nak, tapi kau tak ada hak nak ubah segala suratan takdir ini. hanya orang yang pengecut je tak nak mengalami suatu perubahan yang baru atau takut untuk maju ke tahap yang baru. janganlah kita asyik nak kekal je pada kedudukan lama. kita kena bergerak dan melangkah secara ekstravaganza. *hamboi ayat kau. haha. tapi, betullah. kalau tak nak amik SPM, pengecut, cuak sangat dan tak yakin dengan kebolehan diri sendiri, macam mana kau nak capai kejayaan yang kau selami ni dok sebut je dari kecil betul tak ? nak capai impian tuh, kena alami dulu realiti kehidupan. nampak macam SPM itu susah la itulah inilah, tapi kenapa ada orang yang boleh jawab dengan keputusan yang cemerlang dan gempak? apa beza kau dengan dia? sama je kan? so, kau tak ada alasan nak kata TIDAK boleh berjaya dalam SPM. okay, ni sebenarnya ayat untuk orang amik SPM la tahun ni. yang tak amik tuh, kau paham ape je? haha. nati kau alami sendiri. yang dah lepas mesti cakap, alahai biasalah budak sekolah, semangat nau pasal pekse pekse ni. hahaha :D
okay, aku malas nak taip panjang-panjang. ini baru permulaan untuk tahun 2013. aku bernekad nak bersikap matang sikit tahun ini sebab kene sedar sekarang sebelum sedar dekat universiti. seriously, waktu tu kau dah lambat. orang dah lama jadi matang, kau, terkial-kial nak ubah. kita kena bijak sikit dalam merancang hidup ni. haa, so i think this is the last word in this entry and better pen off right now. see you soon. byeee kawan. mmmmuah !
p/s : tak ada picture aku ke pape sebab semua tahun 2012 punya. tak main la gambar-gambar nostalgia ni. haha
a token of love from
wanie moktar