assalamualaikum
dear blog,
hey hey stalkers, I'm back to my hommmeyy. yay ! finally. alhamdulillah.
act, minggu lepas kami dah balik wajib. tapi, dibenarkan untuk balik wajib sekali lagi pada minggu ini. why ? di sini ada dua sebab kenapa kami wajib sangat untuk balik ke rumah.
first, sekolah aku telah menjadi tuan rumah dalam aktiviti Kejohanan Balapan dan Padang MSS kawasan Jasin kali ke-37 tahun 2012 yang diadakan di stadium Universiti Teknikal Melaka. apa kena mengena dengan kami ? haha. ni haaa, sebahagian kami kene jadi sebagai quarter master atau pembantu urus setia dalam aktiviti tersebut selama 3 hari sepanjang aktiviti itu berlangsung. penat mehh. macam-macam kita orang kene buat. ada yang tolong hantar atlet, ada yang kene tolong angkat itu angkat ini, bantu-bantu pegawai ni dan yang paling penting tugas aku, AJK makanan yang cekap. haha. cekap ke ? boleh la boleh la.
tugas aku nak kata senang, tak lah senang mana. nak kata susah, tak lah susah mana. tapi, pendek kata memang penat. nak kene hantar makanan tepat pada waktunya, kalau tak kene sumpah seranah dengan pegawai-pegawai di sana terutamanya mulut-mulut kepunyaaan si penjaga masa yang setia tuh. tak boleh lambat sikit, nati kene comment je. sesedap mulut dan secukup rasa depa mengutuk si AJK makanan ni. ingat kitaorang ni waitress ke nak amik order pastu hantar order. huaaa, kitaorang tak buka restaurant lah derr. nak makan sedap pergi luar lahh. bengang ni bengang ni. pastu, tugas aku kene hantar air mineral. eh, tak pernah pernah aku angkat kotak air mineral yang berat tuh, tapi hari tu aku angkat dengan seluruh kudrat yang aku ada untuk hantar air mineral-air meneral tersebut kepada pegawai-pegawai yang di kasihi. kalau tak dapat air nanti mula lah nak mengomel kata AJK makanan pemalas lah, tak tahu buat kerja lah and whatever ! selalunya yang suka mengomel itu dan ini ialah pegawai wanita. banyak sangat mulutnya nak judge orang itu dan ini. haish. sabar je laa. orang kata jadi AJK makanan ni senang. tak kena panas, muka pun tak burn sebab duduk bawah khemah. tapi, sedarlah kawan-kawan bahawa kami lah yang menyediakan korang makanan, memastikan makanan cukup untuk korang, menghantar makanan dan air tepat pada waktunya, memastikan korang makan ke tak dan sebagainya. ingat senang ke nak deliver makanan kat semua tempat. udah lah kakitangan yang ada sikit, lelakinya sudah ghaib wallahualam. tak tahu mana dorang pergi. nasib baik si Rahmat dan Khairul Fahmi ada. ringan sikit beban ni haaa.
 |
| fitrah, ya yaaaa and mike. thanks ya buddy. AJK makanan yang cekap. *act yaya tak pun. |
 |
| yeahh ! si pika jasz. AJK makanan yang lagi cekap. haha. thanks buddy. |
|
 |
| alwani and hajar. teman setia aku untuk pergi hantar makanan. berat sama dipikul kan wani kan ? haha |
 |
| daaaan AKU ! jangan lupa yerr, AJK makanan yang berwibawa dan cekal. haha. |
seterusnya gambar quarter master yang rajin membantu
 |
| ini lah kawan-kawan seperjuangan. ecehh. |
|
|
kemudian, gambar-gambar mencapub. haha
 |
| ye bergambar pada waktu lapang. haha. macam biasa hobi laa |
|
 |
| wah ! aku masuk acara 100 meter tau. serious aku tipu. |
 |
| bajet lari lah ? haha. memang pun. saja cuba try test track ni haa. |
 |
| bergambar dengan besties. haha. dimana aku berada pasti dengan si alwani |
|
okay enough, gambar-gambar mencapub itu sahaja yang mampu aku curi dari facebook amelia hazmi. thanks ya yaaaaa. wee ~
next, the second reason. memandangkan pelajar-pelajar sekolah aku kena serang dengan kes keracunan makanan LAGI, dewan makan yang beroperasi terpaksa di tutup dan beroperasi semula pada hari isnin. nak tak nak kena lah balik. kalau tak sapa nak bagi kita orang makan ? ada lah yang tak balik rumah sebab jauh merantau kan macam orang tuh. err, dorang dapat makanan dari orang luar. i mean, orang luar masak pastu hantar kat sekolah. hah gitu lah ceritanyaaa.
so, memandangkan dah lewat pagi ni, dah tengah hari pun. aku tak mandi lagi. oleh itu, dengan bangga hati nya aku nak beritahu aku nak mandi. belum mandi lagi haaah waktu tulis blog ni. udah bau kambing dah aku ni. haha. okay okay. i think that is all for now. thank you for reading my blog. see you later. till then buddy. Buhh-byeee. salam Satu Malaysia !
 |
| waniemoktargemoks2312.blogspot.com | | |
|
thank you for reading.
-wanie-