Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, 21 August 2012

Selamat Hari Raya Dunia

assalamualaikum

dear blog,

wahai blogger-blogger sekalian, selamat bertemu kembali setelah sekian lama menyepi. bukan tidak sudi, tetapi rasa malas menguasai diri daripada meng-update blog ini. wah ?! dah kenapa aku macam ni kan ? lalala ~

okay, di kesempatan ini aku dengan hati yang penuh ikhlas nak mengucapkan 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
:)

----

ye, walaupun sudah raya ketiga tapi ia masih dikira 'raya' kan ? so, bila-bila masa pun kita boleh ucapkan selamat hari raya :) 
disini aku sertakan beberapa gambar raya ...

first eid. aumm :3












second eid. wee :)











okayy, enough guys, cukup gambar-gambar tersebut. erm, itu saja nak aku coretkan disini. semoga terhibur :)
till then and goodbye :)


seindah senyuman untuk kalian :))

-wanie-

Friday, 27 April 2012

ngeeeee XD

with the name of Allah the most gracious and the most merciful

 assalamualaikum and salam one Malaysia !
  ( asal aku bajet macam masuk public speaking english ni ? )

dear blog, 

haha, nak tahu asal aku bajet sangat macam masuk public speaking ? ngee. 
sebab hari tuhh orang tu masuk public speaking kat sekolah mewakili kelas aku. haha. tiba-tiba aku rasa nak berucap macam dia pula. jeles tau i tengok dia cakap kat depan. cool je aku tengok dia. macam tak nervous langsung. tak tahulah kalau dia nervous gila sampai nak tercabut jantung dia berdegup tapi aku tak perasan kan ? haha. 

erm, time dia beri speech tuh, i talked to myself. "eh, dia sangat berkarisma. aku yakin dia MT". okay aku cakap macam tuh masa dia berucap. style gila. tiba-tiba rasa bangga, terharu dan jealous bercampur baur dalam hati aku. wah ! kenapa ? aku bangga dan terharu sebab err ... dia je kot yang tahu sebab apa. haha. don't get mad everyone. it's private. second, aku rasa jealous sebab he can talk in front of many people calmly but i can't. 

in contrast, yes. i'll feel extremely nervous and my heart will beat faster than usual when i talk in front of many people. satu badan aku akan bagi negative feedback. haha.ye, aku berdarah gemuruh. senang saja nak gementar. nak cakap depan classmates pun gelabah juga. nak pergi tulis jawapan kat depan pun gelabah juga. nak buat presentation pun gelabah juga. senang cerita aku akan gelabah bila semua orang fokus kat aku. err, it's natural okay. aku tak ada keyakinan diri yang tinggi. itu diri aku. that's why kalau kat sekolah aku akan masuk sesuatu aktiviti atau pertandingan itu IF and ONLY IF ia melibatkan ramai orang dan bukannya pertandingan solo. okay, this is me for your information ladies and gentlemen. haha.

eh, pssst. he's speaking english very fluently tauu. he talked about video games. i think dia buat spontaneous speech la. haha. aku tahu itu hobi dia, suka GILA, i repeat suka GILA main video games. haha

okay, next story. heyy, semalam aku amik anugerah yaww. sukaaa. err, padahal satu je pong anugerah yang aku dapat. haha. tak macam orang tuhh. dapat dua anugerah. cehh, congrates lah ye. well, orang hebat memang tak hairan lah dapat anugerah dua kali. kalau dia, nak bandingkan anugerah aku dengan dia, of course dia menang. tapi, kalau nak kira berapa kali aku naik pentas memang dia tewas. haha. 

erm, the real story. tadi pengenalan je. haha. as you all know, semalam iaitu hari khamis, sekolah aku ada Majlis Anugerah Cemerlang yang ke-8 berlangsung di dewan dan seramai seratus lebih pelajar dapat anugerah. well, aku pun tak terkecuali lah derr. aku dapat anugerah pelajar cemerlang 9A PMR tahun 2011. dapat sijil penganugerahan serta wang tunai bernilai rm100 sahaja. err, syukur alhamdulillah. batch aku seramai 80 lebih dapat anugerah. semua dapat naik pentas hanya segelintir sahaja yang tak dapat naik. kitaorang rasa terkilan sangat kepada dorang yang tak dapat naik tuh. kalau kita orang polish dorang yang tak naik tuh lebih sikit, maybe dorang akan join kitaorang sekali time majlis anugerah tuh. err, nak buat macam mana. benda dah jadi. don't cry over the spilt milk. it has no use. memang aim kitaorang nak, seramai 89 orang naik ke pentas terima anugerah. ia jadi kenyataan tapi tak sepenuhnya. agak terkilan lah juga. 

okay berita ni lagi terkejut. err, kedudukan nama aku bawah nama dia. it means that aku akan duduk sebelah dia time hari anugerah tuh. okay, that's only my first expectation brothers and sisters. okay, aku dah tahu time isi number kad pengenalan dalam kertas hari apa tah, lupa. nama aku bawah nama dia. time tuh tak fikir apa-apa pun lagi. then, senarai nama penerima anugerah keluar. okay, fine nama dia atas nama aku. okay, relax. there's nothing will happen. it's just a accidentally incident that my name is below his name. aku tak nak berharap apa-apa nanti aku sedih kalau ia tak berlaku sebagaimana yang aku harapkan. then, bila aku jumpa my friends, they said to me "hey, untunglah duduk sebelah sebelah. weh mok, eceh nama nak sebelah sebelah. and bla bla bla bla". okay, sedikit sebanyak dorang dah bagi aku harapan. nak nak si erin kan. aku dengan dia siap bertaruh lagi. kalau aku duduk sebelah dia sebagaimana yang erin expect, aku kena belanja dia. kalau sebaliknya, dia belanja aku. time tuh aku dah berdebar. betul ke aku duduk sebelah dia ? takpe. kita tengok waktu reheasal nanti. okay, betul ! aku kena duduk sebelah dia. waktu tuh ramai budak sorak. lebih-lebih lagi si una and the gengs. dormmates aku. malu dowh. serious malu. haha. aduhh. time tuh duduk cover-cover je and aku tak dapat bayangkan keadaan aku bila tiba hari anugerah itu nanti. but, sayangnya. ia hanya sementara. rupa-rupanya, cikgu terskip satu kerusi then dia dapat lah duduk sebelah aku. act, nama dia yang ke-90. so, dia akan duduk di barisan depan aku tapi hujung sekali belah sana. dan aku yang ke-91 akan duduk hujung sekali belah sini*bertentangan dengan dia bukan depan belakang. faham ? satu baris ada sepuluh kerusi. mula-mula memang lah rasa macam "apa nih aku duduk sebelah dia. malu". hati aku yang cakap. tapi, bila dah berpisah, serious sedih. ngee. tapi, cover macam cool je. erm, it's okay maybe Allah nak pelihara kami berdua. ecehh. 

erm, cuti kali ini dia tak dapat balik sebab ada program bersama batch abang aku dekat sekolah. so, aku duduk rumah sorang-sorang tanpa peneman dan mungkin ia lebih baik kot. setiap kejadian ada hikmahnya. minggu depan aku nak exam. so, i think this is the best time that i can use to do my revision without him for 3 days. i can survive. i'll show that i can survive without him for 3 days. yes, i'm fighting with my feelings with all my strength. eceh. poyos. err, itu je kot. dah banyak sangat aku membebel ni.

erm, kini. ada perubahan sikit dalam diri aku dan dia. erm, kita orang berani sikit nak berkomunikasi face to face atau bertegur sapa kat sekolah. haha. bangga ke ? sikit ar. haha.

erm, okay boys and girls. that's is all for now. erm, sorry. maybe entry kali ini tak menarik sebab takde gambar. haha. erm, i'm better stop right now because i'd already spent most of my time in front of this lappy. so better go now. see you again. kbye.


have a peace guys. XD


-wanie-

Sunday, 15 April 2012

pemanis kata :))

assalamualaikum

dear blog,

heeeeeeyyy stalkers.
i have a quote here but in malay language lah yee.

orang kata,

" kalau seseorang itu milik kita, dia akan setia di sisi kita. tapi, jika dia bukan milik kita, dia akan pergi dan kita harus meredai pemergiaannya. jika, dia hadir semula ke sisi kita, maka terimalah dia semula kerana dia diciptakan untuk kita. percayalah bahawa Allah yang menggerakkan hatinya untuk kembali ke sisi kita " 

:)

faham tak ? haha. erm, aku baru mengalami saat-saat seperti ini. that's is why i wrote this in my blog. 

walaupun quote ni macam tak sesuai untuk kita buat masa sekarang, as a student lagi kan. tapi, percayalah sesebuah hubungan itu akan kekal jika ada sikap saling mempercayai antara satu sama lain. well, im not that good in a relationship but i know how to stay longer in a relationship. wee ~ angau kah aku ni ? haha.

okay that's all for today. thank you very much for reading my blog. salam Satu Malaysia :)

p/s : mesti korang ingat aku tengah couple kan ? haha. tak lah. jangan ingat orang tengah ber'couple je yang boleh hantar entry ni, orang tak couple pun boleh hantar okay. ia tidak menghalang sesiapa pun. haha.

the girls. i love them very much. never end. 

-wanie-

Saturday, 31 March 2012

the real beauty :)

with the name of ALLAH the most gracious and the most merciful. Amin.

'Don't need make-up
To cover up

Being the way that you are is enough.'


i love this part. so, i copy it and paste it here. 


*to all girls, being the way that you are is enough. stay in neutral beauty. no need any make up to make you look beautiful. no need to attract others attention because you just need to attract your Adam's attention in future. your beauty is just for your Adam. not for others. thank you.

-wanie-


Friday, 30 March 2012

hommmmeyy :3

assalamualaikum

dear blog,

hey hey stalkers, I'm back to my hommmeyy. yay ! finally. alhamdulillah.

act, minggu lepas kami dah balik wajib. tapi, dibenarkan untuk balik wajib sekali lagi pada minggu ini. why ? di sini ada dua sebab kenapa kami wajib sangat untuk balik ke rumah.

first, sekolah aku telah menjadi tuan rumah dalam aktiviti Kejohanan Balapan dan Padang MSS kawasan Jasin kali ke-37 tahun 2012 yang diadakan di stadium Universiti Teknikal Melaka. apa kena mengena dengan kami ? haha. ni haaa, sebahagian kami kene jadi sebagai quarter master atau pembantu urus setia dalam aktiviti tersebut selama 3 hari sepanjang aktiviti itu berlangsung. penat mehh. macam-macam kita orang kene buat. ada yang tolong hantar atlet, ada yang kene tolong angkat itu angkat ini, bantu-bantu pegawai ni dan yang paling penting tugas aku, AJK makanan yang cekap. haha. cekap ke ? boleh la boleh la.

tugas aku nak kata senang, tak lah senang mana. nak kata susah, tak lah susah mana. tapi, pendek kata memang penat. nak kene hantar makanan tepat pada waktunya, kalau tak kene sumpah seranah dengan pegawai-pegawai di sana terutamanya mulut-mulut kepunyaaan si penjaga masa yang setia tuh. tak boleh lambat sikit, nati kene comment je. sesedap mulut dan secukup rasa depa mengutuk si AJK makanan ni. ingat kitaorang ni waitress ke nak amik order pastu hantar order. huaaa, kitaorang tak buka restaurant lah derr. nak makan sedap pergi luar lahh. bengang ni bengang ni. pastu, tugas aku kene hantar air mineral. eh, tak pernah pernah aku angkat kotak air mineral yang berat tuh, tapi hari tu aku angkat dengan seluruh kudrat yang aku ada untuk hantar air mineral-air meneral tersebut kepada pegawai-pegawai yang di kasihi. kalau tak dapat air nanti mula lah nak mengomel kata AJK makanan pemalas lah, tak tahu buat kerja lah and whatever ! selalunya yang suka mengomel itu dan ini ialah pegawai wanita. banyak sangat mulutnya nak judge orang itu dan ini. haish. sabar je laa. orang kata jadi AJK makanan ni senang. tak kena panas, muka pun tak burn sebab duduk bawah khemah. tapi, sedarlah kawan-kawan bahawa kami lah yang menyediakan korang makanan, memastikan makanan cukup untuk korang, menghantar makanan dan air tepat pada waktunya, memastikan korang makan ke tak dan sebagainya. ingat senang ke nak deliver makanan kat semua tempat. udah lah kakitangan yang ada sikit, lelakinya sudah ghaib wallahualam. tak tahu mana dorang pergi. nasib baik si Rahmat dan Khairul Fahmi ada. ringan sikit beban ni haaa.

fitrah, ya yaaaa and mike. thanks ya buddy. AJK makanan yang cekap. *act yaya tak pun.

yeahh ! si pika jasz. AJK makanan yang lagi cekap. haha. thanks buddy.

alwani and hajar. teman setia aku untuk pergi hantar makanan. berat sama dipikul kan wani kan ? haha

daaaan AKU ! jangan lupa yerr, AJK makanan yang berwibawa dan cekal. haha.
seterusnya gambar quarter master yang rajin membantu

ini lah kawan-kawan seperjuangan. ecehh. 

kemudian, gambar-gambar mencapub. haha

ye bergambar pada waktu lapang. haha. macam biasa hobi laa

wah ! aku masuk acara 100 meter tau. serious aku tipu.

bajet lari lah ? haha. memang pun. saja cuba try test track ni haa.

bergambar dengan besties. haha. dimana aku berada pasti dengan si alwani

okay enough, gambar-gambar mencapub itu sahaja yang mampu aku curi dari facebook amelia hazmi. thanks ya yaaaaa. wee ~

next, the second reason. memandangkan pelajar-pelajar sekolah aku kena serang dengan kes keracunan makanan LAGI, dewan makan yang beroperasi terpaksa di tutup dan beroperasi semula pada hari isnin. nak tak nak kena lah balik. kalau tak sapa nak bagi kita orang makan ? ada lah yang tak balik rumah sebab jauh merantau kan macam orang tuh. err, dorang dapat makanan dari orang luar. i mean, orang luar masak pastu hantar kat sekolah. hah gitu lah ceritanyaaa.

so, memandangkan dah lewat pagi ni, dah tengah hari pun. aku tak mandi lagi. oleh itu, dengan bangga hati nya aku nak beritahu aku nak mandi. belum mandi lagi haaah waktu tulis blog ni. udah bau kambing dah aku ni. haha. okay okay. i think that is all for now. thank you for reading my blog. see you later. till then buddy. Buhh-byeee. salam Satu Malaysia !

waniemoktargemoks2312.blogspot.com
thank you for reading.

-wanie-

Wednesday, 14 March 2012

ALLAH

"Ya Allah, Engkau berikanlah hati ini ketenangan yang cukup. Engkau tabahkanlah hati ini untuk menempuh segala dugaan yang mendatang. jauhkanlah hati ini dari hasutan syaitan laknatullah. hiasi lah diri ini dengan keimanan dan ketaqwaan Ya Allah. hindarilah aku daripada kekufuran dan golongan orang-orang fasikh. Ya Allah, matikanlah aku dalam keadaan beriman dan bertaqwa kepadaMu. jauhkanlah juga aku daripada azab kubur dan api neraka. sesungguhnya, aku memohon pertolongan dan perlindungan kepadaMu di malam yang hening ini." Amin.

-wanie-

Tuesday, 13 March 2012

kemalasan tahap dewa !

assalamualaikum

dear blog, 

SORRY.

because ...

aku dah lama tak update blog dan yang paling penting ..... heeeyaahh !

Aku malas tahap dewa nak update blog.

so, maybe aku tak ada nak post apa apa dalam blog aku kali ini. im sorry. ia cuma aku kekosongan idea. insya-allah akan mula menulis tak lama lagi KOT. haha. so, see you again. till then. buh-bye :)

yay ! im stronger bebeh. poyos* ( sorry, takde kene mengena dengan entry ni )


heeyy, goodbye fella. perjalanan masih jauh (:

-wanie-

Saturday, 28 January 2012

selandau kusayang :)

assalamualaikum 

dear blog, 

i'm back to selaaaaanndarrr derr (!)
wee :D
tak sabar nak periksa sebenarnya !

bak kata kak ain 'The worst thing I ever tried was acting to be cool before exam. Hati tak se-cool muka weh '

haha. ada kebenaran di sebalik kata-kata dia kan ? erm..

sesungguhnya, aku balik ke bumi selandar dengan hati yang penuh keredaan terhadap periksa dan homework aku. haha

( sentiasa tabah menghadapi dugaan )

yay !



sentiasa senyum walaupun dalam kesulitan :)

-wanie-

Friday, 27 January 2012

examination schedule :)

 assalamualaikum
dear blog,
here's my exam schedule. remember to do revision :)

isnin-30 jan 2012---7.15-8.45-Assembly
9-10.00-BM
10-10.20-REHAT
10.55-11.55-MM
12.15-1.15-Syariah Islamiah
1.45-2.45-PHY

Selasa-31 jan 2012---7.45-8.45-Sejarah
9-10.00- BI
10-10.20-REHAT
10.55-11.55- QS
12.15-1.15-Add Math
1.45-2.45-BAT

Rabu-1 feb 2012----7.45-8.45-B3
9-10- BIO
10-10.20-REHAT
10.55-11.55-CHEM

p/s : good luck ! first exam. my target is 'straight A+' :)
-wanie- 

Monday, 23 January 2012

home- tension yang tahap gaban !

assalamualaikum

dear blog,

hai, i'm back home because of Chinese New Year. alhamdulillah cuti seminggu.

walaupun bercuti seminggu tapi ada seribu satu perkara perlu di selesaikan ! gila hapa.

aku tak mahu senaraikan apa perkara tersebut sebab maybe orang akan cakap it's just a small matter. small tak small, aku tetap tension. blah blah blah ...

erm, as a teenager 'lagi', aku kene start pandai handle semua perkara. emosi aku kene jaga. baru student kot, kerja tak banyak lagi nak dibandingkan dengan orang dah kerja, orang dah berkahwin. so, aku tak patut bebankan kepala hotak aku dengan semua benda yang remeh ni. tapi, nak sedapkan hati memang susah. nak mindset kan otak suruh siapkan homework lagi lah. azab beb. naik cuti CNY ni dah 1st exam untuk tahun 2012. nak tak nak kene baca buku dan study additional mathematics dengan ayah. then, nak kene pandai bahagikan masa antara kerja sekolah, study dan siapkan buku log PANDU PUTERI. oh man, sumpah macam nak maki. kalau minta siapkan time cuti pertengahan tahun boleh la consider lagi kan. ni minta after CNY man. haishh, nak marah ni. sumpahh nak marah. tapi,di sebabkan rasa hormat aku tunduk je dengan perintah dia. kalau aku statik sahaja kat rumah, maybe semua kerja boleh di siapkan. korang macam tak kenal pula family aku. asal cuti je jalan, asal jalan je time cuti. macam-macam tempat kot nak pergi. haish ! ini lah cabaran untuk aku. kene pandai curi-curi masa nak settle kan semua perkara ni. esok nak pergi jalan Pahang. buat apa entah, aku pon tak tahu. ikut jela ea. so, hari ni nak tak nak kene siapkan separuh homework dan sentuh sikit buku log. hurm.. sabar jelah.

maybe, itu je kot nak tulis. macam bodoh je kan. erm, tak kisah lah. blog je yang paham aku. nak luahkan dekat buah hati, macam tak ada effect pon. okay, itu sahaja. maybe ? till then, goodbye :)

p/s : bagi lah aku kekuatan untuk terus mara ke hadapan. ye, azam aku untuk tahun ini apa ? sentiasa tabah menghadapi dugaan :)


-wanie-






Tuesday, 3 January 2012

i'm bored plus sunyi

assalamualaikum

dear blog,

i'm back dear with feeling so lonely tonight. i don't know why ?

erm,ye kawan-kawan aku semua dah pulang ke asrama hari ini. esok akan bermulanya hari persekolahan yang pertama untuk tahun 2012. i'm not deny that i'm really feel bored and lonely because i have no friends to talk with or to chat like always. kalau tidak ada kawan boleh terima lagi, buah hati pun tak ada sekali. rasa sunyi saja malam ni sebab tak ada orang nak text macam biasa. maybe, ini tempoh masa yang sekejap. aku harus bersabar.

best kan dapat jumpa kawan-kawan balik ? boleh bergosip, gelak-gelak. agaknya malam ni dorang tengah buat apa ye ? aku gerenti dorang tak boleh tidur. well, ada banyak cerita nak di kongsi dan semestinya badan tidak dapat menyesuaikan diri dengan tilam baru. betul tak ? besok, semua barang baru. pergi kelas baru dan jumpa cikgu-cikgu. mungkin, esok juga merupakan saat yang tough buat pelajar yang tahun lepas lower form, tahun ni upper form. i mean macam aku lah. kene ready untuk mempelajari sesuatu yang baru, luar biasa dan mungkin agak susah. susah tak susah, kita sebagai seorang pelajar harus sedia menghadapi apa jua cabaran sewaktu menimba ilmu :)

aku amat berharap yang tahun ini akan menjadi penuh bermakna dan setiap hari penuh dengan kebahagiaan dan penuh bersemangat. senyuman tidak akan pernah lekang dari bibir aku dan hati sentiasa berkobar-kobar untuk terus mara ke hadapan demi mencapai masa depan yang cerah. azam aku tahun ini ialah aku akan terus senyum dan tabah apabila menghadapi kesulitan. setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. 

walaupun berchicken pox, tapi aku tetap bersemangat :)

sorry, ini ialah luahan hati dan hasrat yang tersimpan diluahkan di blog ini. terima kasih :)

-wanie-